ข้ามไปยังเนื้อหา

Zikir 3-2 - Al-Baqarah: 256

Doa Penuh

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ۝٢٥٦

Dengar Bacaan:

Terjemahan Keseluruhan

• Tidak ada paksaan dalam (memeluk) agama (Islam)

• sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat

• Oleh itu, sesiapa yang kufur kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang teguh yang tidak akan putus

• dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

(Al-Baqarah: 256)

Penerangan Tambahan

Sambungan daripada Ayat al-Kursi, Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257. Berdasarkan hadis:"Sesiapa yang membaca empat ayat pertama Surah Al-Baqarah, Ayat al-Kursi, dua ayat selepas Ayat al-Kursi,dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan menghampiri dirinya dan keluarganya pada hari itu,malah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingininya. Dan sekiranya ayat-ayat ini dibacakan kepada orang yang hilang akal, nescaya dia akan sembuh."(Dhaif, ad-Darimi 3383, at-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir 8674 dengan sanad yang dhaif.Namun terdapat sebutan dalam riwayat lain: "Sekiranya sesiapa membaca ayat-ayat tersebut di dalam rumah pada waktu malam, syaitan tidak akan memasuki rumah itu sehingga waktu pagi.")

Kata demi Kata (Word by Word)

لَا
La
[Tidak ada]
إِكْرَاهَ
Ikraha
[Paksaan]
فِى
Fi
[Dalam]
ٱلدِّينِ
Ad-Din
[Agama]
قَد
Qad
[Sesungguhnya / Nyata]
تَّبَيَّنَ
Tabayyana
[Telah jelas]
ٱلرُّشْدُ
Ar-Rusydu
[Kebenaran / Jalan yang benar]
مِنَ
Mina
[Daripada]
ٱلْغَىِّ
Al-Ghayyi
[Kesesatan]
فَمَن
Faman
[Oleh itu sesiapa yang]
يَكْفُرْ
Yakfur
[Kufur / Mengingkari]
بِٱلطَّـٰغُوتِ
Bit-Thaghuti
[Kepada Thaghut (sesuatu yang disembah selain Allah)]
وَيُؤْمِنۢ
Wa yu'min
[Dan beriman]
بِٱللَّهِ
Billahi
[Kepada Allah]
فَقَدِ
Faqadi
[Maka sesungguhnya dia telah]
ٱسْتَمْسَكَ
Istamsaka
[Berpegang teguh]
بِٱلْعُرْوَةِ
Bil-'urwati
[Kepada simpulan tali]
ٱلْوُثْقَىٰ
Al-wutsqa
[Yang sangat teguh]
لَا
La
[Tidak ada]
ٱنفِصَامَ
Infishama
[Terputus / Terlerai]
لَهَا
Laha
[Baginya]
وَ
Wa
[Dan]
ٱللَّهُ
Allah
[Allah]
سَمِيعٌ
Sami'un
[Maha Mendengar]
عَلِيمٌ
'Alimun
[Maha Mengetahui]